Pengalaman aku menyerah diri ke AKPK dan keluar selepas 5 tahun.
Salam semua, tarikh hari ni adalah 29 Julai 2020, mungkin jika anda baca blog ni pada masa hadapan eloklah kalau aku contextkan yang sekarang Malaysia masih dilanda wabak COvid-19. masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Penulihan PKPP dan baru semalam Najib dijatuhkan hukuman bersalah kes salah guna kuasa SRC. 2020 adalah tahun yang gila, Januari lepas dunia hampir nak Perang Dunia ke 3 bila mana Iran pergi bom Kem tentera US, dan lepas tu wabak Covid 19 mengganas sampai hampir 1 dunia lockdown, berjuta dijangkiti, beratus ribu mati dan berjuta orang hilang kerja kerana kegawatan ekonomi, Amerika pula dikejutkan dengan gerakan tunjuk perasaan Black Lives Matter dikala Trump tengah berusaha berkempen pilihan raya , dan yang paling penting Liverpool Menang liga wehhh (aku kipas susah mati LFC) lepas 30 tahun kemarau kejuaraan, Hendo julang piala keramat Aku malah nak cerita panjang bab pengetahun am ni so, disebalik semua ni aku terpanggil nak menceritakan peng...