Pengalaman aku menyerah diri ke AKPK dan keluar selepas 5 tahun.

Salam semua, tarikh hari ni adalah 29 Julai 2020, mungkin jika anda baca blog ni pada masa hadapan eloklah kalau aku contextkan yang sekarang Malaysia masih dilanda wabak COvid-19. masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Penulihan PKPP dan baru semalam Najib dijatuhkan hukuman bersalah kes salah guna kuasa SRC.



2020 adalah tahun yang gila, Januari lepas dunia hampir nak Perang Dunia ke 3 bila mana Iran pergi bom Kem tentera US, dan lepas tu wabak Covid 19 mengganas sampai hampir 1 dunia lockdown, berjuta dijangkiti, beratus ribu mati dan berjuta orang hilang kerja kerana kegawatan ekonomi, Amerika pula dikejutkan dengan gerakan tunjuk perasaan Black Lives Matter dikala Trump tengah berusaha berkempen pilihan raya , dan yang paling penting Liverpool Menang liga wehhh (aku kipas susah mati LFC) lepas 30 tahun kemarau kejuaraan,
Hendo julang piala keramat
Aku malah nak cerita panjang bab pengetahun am ni so, disebalik semua ni aku terpanggil nak menceritakan pengalaman aku menyerah diri kepada AKPK disebabkan aku sendiri susah nak cari info yang mendalam pasal AKPK masa nak belajar resarch pasal inisiatif Bank Negara ni 5 tahun lepas ,buat pengetahuan korang aku dan masuk program ni sejak 2015 dan sudah hampir 5 tahun aku tahan diri dan nafsu dalam program ni.

OK, pertama kalinya kena faham apa itu AKPK , atau nama penuhnya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ,mungkin kau pernah nampak iklan dia kat TV (yang ada awek tu buat yoga dan flashback ke masa dia kena kejar AH Long)

ye, iklan ni

.AKPK ni diwartakan untuk membantu rakyat Malaysia yang tersepit dengan komitman hutang yang banyak, apa yang mereka akan buat ialah menggabungkan kesemua hutang kad kredit dan personal loan korang menjadi 1 dan kau hanya perlu bayar 1 amaun sahaja setiap bulan selama 9 tahun (YA 9 TAHUN)

Kelebihan AKPK,
1) Bank dan pengutip hutang tak akan kol kau dan kacau hidup lagi
2) Komitmen bulanan akan berkurang sekurang-kurangnya 50% (kalau sebelum ni kena bayar hutang 1000, AKPK akan nego dengan bank supaya komitmen korang jadi 500 sahaja)
3) Nama tak akan di blacklist
4) Boleh bebas keluar negara (ini paling penting untuk aku personally)

Kekurangan AKPK:
1) Peserta AKPK tak akan boleh buat pinjaman langsung (sama ada personal loan, ka, loan rumah ka, loan kereta ka, kad kredit ka), semuanya tak boleh 100%, bank nampak status AKPK ja terus tutup jalan lol,
2) Jangka masa yang sangat lama (9 tahun ya), 

DAH FIKIR MASAK_MASAK? DAH? okay SO sekarang aku nak cerita macam mana nak apply masuk , 
Segalanya ONLINE< , boleh layari https://customer.akpk.org.my (boleh pakai Internet Explorer sahaja, Google Chrome atau Firefox tak boleh)




Boleh juga masuk ikut pintu depan,pergi ke menu burger AKPK Gateway dari main page AKPK (sekarang google di hujung jari)

kat situ kau akan kena register dulu ikut apa yang dia minta, sediakan semua dokumen standard, IC, slip gaji, bank statement, CCRIS etc. Lepas dah siap tu boleh apply untuk kaunseling dan lepas kaunseling boleh pergi ke cawangan Bank Negara yang terdekat untuk finalize akaun dan jumlah bayaran bulanan,


Cawangan cawangan AKPK
Bayaran bulanan boleh dibuat hanya dengan Maybank ( pakai CDM atau kalau kau ada akaun Maybank2U paling senang,) dan barang diingat YA (bak kata abang Japar youtube mekanika), tidak boleh culas dibayar komitmen nya, kau akan dibuang dari program dan BANK akan kacau kau balik,

So lepas dah masuk AKPK ni , kau bolehlah tidur nyenyak kembali,keh keh

Lepas tu nak cerita, macam aku, lepas 5 tahun masuk, kedudukan kewangan aku pun dah kukuh aku ambil keputusan nak keluar dari AKPK ni, caranya senang je, just pergi ke AKPK Getaway tu, dan pergi ke Withdrawal, (sebelum tu tulis 1 surat rasmi terangkan kenapa sebab kau nak keluar, apa before and after kedudukan kewangan kau etc dan upload kat dalam menu "Withdrawal" tu), AKPK akan pertimbangkan dan akan meluluskan permohonan korang,tak perlu tunggu sampai habis 9 tahun dan kau pun boleh buat pinjaman kembali, 

Sekian, kalau ada pertanyaan tambahan boleh la tanya kat ruangan komen,atau kol number AKPK kat bawah











Comments

  1. Salam..nk tanya, apa brlaku trhadap segala pinjaman yg dibuat sblom tu selepas brhenti dr AKPK?.adakah kadar interest pinjaman naik,@ tempoh pinjaman dipanjangkan..

    ReplyDelete
  2. bole share surat utk keluar AKPK tu.. kalau bole share, email sy mohdjefri1985@gmail.com.. nk hntar kt wasap pon bole.. 0195559885.. sy tgh pln nk keluar AKPK.

    ReplyDelete
  3. Salam nk tnya mcm mana nk keluar dari AKPK.boleh bagi cadangan.seperti saya yg berkerja gi sektor GOV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika sudi bantu or share surat nak mohon keluar dari AKPK.boleh Whatsapp saya 0199223308

      Delete
    2. Bayar habis hutang dengan AKPK, atau pun pergi ke pejabat AKPK bagi tahu nak keluar dari program

      Delete
  4. Boleh send sy contoh surat tu. Sy tak tahu nak buat.. 0173217627

    ReplyDelete
  5. hai boleh tolong share tak contoh surat tu dan wasapp ke 0167117593. sebab saya pun nak keluar dari program akpk

    ReplyDelete
  6. hi ,sy plan nk kluar akpk..bole sharing cth surat?if bole send kt emel ye ekien_rien@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. mohon share surat withdrawal... email kat saya.. createpips.fx@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...mohon share surat withdrawal...email sy ye ismaliza708@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Saya nak tarik diri daripada mesyuarat dengan produk ini tidak boleh digunakan sebagai alat komunikasi bukan verbal linguistik yang sedang berlaku di dalam tv

    ReplyDelete
  10. mohon share surat withdrawal... email kat saya..domkchen.576@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Assalam brother. Jika withdraw from akpk, status di CCRIS akan bertukar daripada K kepada O atau T? Kalau O mudah lah nk apply new loan. Kalau T, still kena fully settled. Boleh advise. Thanks

    ReplyDelete

Post a Comment